- Pendahuluan
- Apa
itu AIDS?
- Bagaimana
AIDS merebak?
- Bolehkah
AIDS dijangkiti melalui pendermaan darah?
- Bolehkah
anda dijangkiti AIDS melalui pemindahan darah?
- Bolehkah
AIDS berjangkit dengan menyentuh pesakit AIDS?
- Bolehkah
AIDS berjangkit melalui pinggan, mangkuk, sudu dan gelas yang digunakan
oleh pesakit AIDS?
- Bolehkah
anda mendapat AIDS dengan memakan makanan yang disediakan oleh pesakit
AIDS?
- Bolehkah
AIDS berjangkit dengan menggunakan tandas awam, telefon, dan kenderaan
awam?
- Bolehkah
AIDS merebak melalui kolam renang?
- Bolehkah
AIDS berjangkit melalui mencuba pakaian di kedai pakaian?
- Bolehkah
AIDS berjangkit melalui gigitan nyamuk?
- Bagaimanakah
anda boleh mengetahui yang anda telah terdedah kepada virus AIDS?
- Apakah
maknanya jika ujian darah itu negatif?
- Apakah
maknanya jika ujian darah itu positif?
- Bilakah
anda akan disahkan sebagai pesakit AIDS?
Pendahuluan
Semenjak
mula dilaporkan pada tahun 1981, penyakit AIDS terus membimbangkan seluruh
dunia terutamanya di negara-negara barat dan Afrika. Kebimbangan ini
timbul kerana penyakit AIDS telah merebak dengan luasnya dan sehingga
sekarang belum ada lagi rawatan khusus untuk penyakit ini. Kebanyakan
pesakit AIDS berkesudahan dengan kematian.
Walaubagaimanapun, penyakit AIDS boleh dicegah dengan berkesan. Ini
memerlukan kerjasama dan penglibatan setiap individu dan lapisan masyarakat.
Selain daripada itu, apa yang yang mendukacitakan ialah seorang pesakit
AIDS itu bukan sahaja terpaksa menghadapi akibat serangan kuman AIDS
tetapi terpaksa pula berhadapan dengan tekanan-tekanan sosial yang disebabkab
kurang fahaman tentang penyakit AIDS.
Adalah diharapkan segala informasi yang terdapat di dalam laman web
ini dapat mengurangkan kebimbangan keterlaluan orang ramai, memperbaiki
perspektif terhadap pesakit AIDS, dan memberi panduan kepada mereka
yang berisiko tinggi khususnya dan amnya kepada orang ramai dalam mencegah
dan mengawal penyakit AIDS.
Apa
itu AIDS?
AIDS
ialah penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman virus (Human immunodeficiency
virus-HIV atau virus AIDS) yang melumpuhkan keupayaan semulajadi badan
di dalam melawan penyakit.
Dengan
lumpuhnya keupayaan ini, mereka yang dijangkiti virus AIDS akan terdedah
kepada:-
- semua
jenis kuman termasuk yang biasanya tidak membahayakan.
- beberapa
jenis barah yang biasanya jarang berlaku
Bagaimana
AIDS merebak?
AIDS
merebak melalui darah, air mani dan cecair faraj daripada orang-orang
yang telah dijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh merebak daripada seseorang
ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya.
Berdasarkan
kepada cara-cara virus AIDS berjangkit, anda mungkin terdedah kepada
virus AIDS sekiranya anda melakukan perkara-perkara berikut:-
- Hubungan
seks sejenis (Homoseks)
- Hubungan
seks dengan berbilang pasangan
- Hubungan
seks dengan pelacur
- Berkongsi
menggunakan jarum suntikan untuk penagihan dadah.
Bolehkah
AIDS dijangkiti melalui pendermaan darah?
Tidak.
Ini adalah kerana semua alat yang digunakan untuk pengambilan darah
adalah bersih daripada kuman dan ianya hanya digunakan sekali sahaja.
Mereka yang tidak terdedah kepada AIDS adalah digalakkan untuk terus
menderma darah.
Bolehkah
anda dijangkiti AIDS melalui pemindahan darah?
Ini
tidak mungkin akan berlaku kerana setiap unit darah
yang diderma di negara ini diuji untuk antibodi AIDS. Antibodi AIDS
adalah bahan-bahan yang dihasilkan oleh tubuh badan seseorang yang dijangkiti
oleh virus AIDS. Sekiranya terdapat Antibodi AIDS, darah itu akan dimusnah
dan tidak digunakan.
Bolehkah
AIDS berjangkit dengan menyentuh pesakit AIDS?
Tidak.
AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan dan juga cara-cara lain seperti:-
- Sentuhan
- Bersalaman
- Bersukan
- Berhimpit-himpit
di tempat yang sesak
- Bekerja
dengan seorang pembawa AIDS
- Berciuman
Bolehkah
AIDS berjangkit melalui pinggan, mangkuk, sudu dan gelas yang digunakan
oleh pesakit AIDS?
Tidak.
Virus AIDS tidak dapat hidup di luar tubuh manusia. Membasuh pinggan,
mangkuk, sudu dan gelas seperti biasa dapat membunuh kuman tersebut.
Bolehkah
anda mendapat AIDS dengan memakan makanan yang disediakan oleh pesakit
AIDS?
Tidak.
Kerana AIDS tidak merebak melalui makanan
Bolehkah
AIDS berjangkit dengan menggunakan tandas awam, telefon, dan kenderaan
awam?
AIDS
tidak boleh dijangkiti dengan menggunakan kemudahan awam di atas oleh
kerana ia tidak merebak melalui:-
- air
- udara
- makanan
- menyentuh
dan memegang barang-barang kepunyaan pesakit AIDS.
Bolehkah
AIDS merebak melalui kolam renang?
Tidak.
Virus AIDS akan dimatikan oleh klorin yang dicampurkan ke dalam air
di kolam renang.
Bolehkah
AIDS berjangkit melalui mencuba pakaian di kedai pakaian?
Tidak.
Oleh kerana AIDS tidak boleh merebak melalui udara atau dengan menyentuh
barang-barang yang telah disentuh oleh pesakit AIDS.
Bolehkah
AIDS berjangkit melalui gigitan nyamuk?
Tidak.
Sehingga sekarang tidak ada bukti saintifik menunjukkan bahawa gigitan
nyamuk boleh merebak AIDS.
Bagaimanakah
anda boleh mengetahui yang anda telah terdedah kepada virus AIDS?
Anda
boleh mengetahui yang anda telah terdedah kepada virus AIDS dengan mendapatkan
ujian darah di hospital-hospital kerajaan yang berhampiran. Semua keputusan
adalah rahsia.
Apakah
maknanya jika ujian darah itu negatif?
Ini
bermakna antibodi AIDS tidak dikesan. Biasanya ini menunjukkan yang
virus AIDS tidak ada dalam badan anda. Walaubagaimanapun, antibodi tersebut
hanya dapat dikesan selepas enam minggu hingga tiga bulan anda terdedah
kepada virus AIDS. Dalam keadaan begini, ujian darah ulangan adalah
diperlukan.
Apakah
maknanya jika ujian darah itu positif?
Ini
menunjukkan antibodi terhadap virus AIDS itu telah dapat dikesan. Ini
bermakna anda telah terdedah kepada jangkitan virus AIDS. Walaubagaimanapun,
satu lagi ujian darah perlu dijalankan untuk mengesahkan anda benar-benar
dijangkiti virus AIDS.
Bilakah
anda akan disahkan sebagai pesakit AIDS?
Anda
akan disahkan sebagai seorang pesakit AIDS sekiranya anda mempunyai
ciri-ciri berikut:-
1. Ujian pengesahan darah anda adalah positif.
2. Mempunyai sebahagian daripada tanda-tanda dan gejala penyakit AIDS
seperti berikut:-
- Susut
berat badan melebihi 10% tanpa sebab-sebab tertentu.
- Cirit-birit
yang berlarutan.
- Demam
yang berpanjangan (sekali-sekala ataupun berterusan)
- Batuk-batuk
yang berterusan.
- Bengkak-bengkak
kelenjar di leher, ketiak, atau pangkal peha.
- Penyakit
herpes zoster yang berulangan. Herpes zoster adalah sejenis jangkitan
urat saraf yang kelihatan sebagai lepuh-lepuh di kulit.
- Penyakit
kandidiasis di bahagian mulut dan farinks. (tekak) Kandidiasis
adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat.
- Penyakit
herpes simplex yang merebak dan berulangan. Herpes simplex adalah
sejenis jangkitan kulit yang biasanya kelihatan sebagai lepuh-lepuh
di sekitar mulut atau kemaluan.
3. Mempunyai penyakit-penyakit bersabit lumpuhnya keupayaan badan
melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman AIDS seperti:-
- Jangkitan
paru-paru (Pneumocytis carinii pneumonia).
- Barah
di kulit atau mulut (Kaposi's sarcoma)
- Jangkitan-jangkitan
lain yang jarang berlaku di kalangan orang yang sihat.
Atas